Menu
FungsiCara bermulaHargaSoalan lazimHubungi kami
Tentang ImarahOS

Kerja komuniti patut meninggalkan rekod yang boleh disambung.

ImarahOS dibina untuk jawatankuasa yang bertukar orang, mengurus amanah awam dan perlu menjawab soalan dengan fakta. Projek pertama kami ialah Pusat Islam PSA di Shah Alam.

Masalah yang kami lihat

Dalam satu minggu, bendahari mungkin menyemak pindahan bank, setiausaha menjawab permohonan, dan biro media menerbitkan perkembangan projek. Jika semuanya tinggal dalam telefon beberapa orang, pasukan berikutnya sukar memahami keputusan yang pernah dibuat.

Kami membina ImarahOS sebagai ruang kerja bersama: kutipan yang disahkan, tugas yang belum selesai, berita yang telah diluluskan dan saluran untuk komuniti bertanya. Ia membantu AJK membuat keputusan; ia tidak menggantikan pertimbangan mereka.

Bagaimana kami membina

  • Bermula dengan kerja sebenar. Projek Pusat Islam PSA menjadi tapak pertama untuk aliran sumbangan, rekod dan kemas kini.
  • Penyemakan manusia. Institusi disemak sebelum akses bayaran dibuka. Pindahan bank tidak dianggap sah hanya kerana penderma menekan butang.
  • Skop yang jelas. Kami tunjuk fungsi yang tersedia dan yang masih dibangunkan secara berasingan.
  • Pemilikan institusi. Nama, identiti, akaun penerima dan keputusan penerbitan milik organisasi yang menggunakannya.

Pengendali

ImarahOS ialah produk digital yang dikendalikan oleh:

Vantora Creative Sdn Bhd
No. pendaftaran: 202501019613 (1621026-X)
No. F-20-2-2, Jalan Semarak Api 3, Off Jalan Gombak, Diamond Square, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
hello@vantoracreative.com

Untuk pertanyaan tentang penggunaan institusi atau demo, gunakan halaman hubungi kami.

Buka ruang institusi anda

Daftar dengan e-mel pemilik. Jika perlu, pasukan kami boleh bantu menyiapkan ruang bersama AJK.

Lihat pelan