Kutipan yang boleh disemak
Pindahan bank kekal menunggu sehingga bendahari padankan dengan penyata. Bayaran FPX ikut status gateway. Jumlah awam menggunakan transaksi yang disahkan.
Lihat aliran kutipanKutipan, aduan dan berita komuniti selalu tersebar di WhatsApp, buku kira-kira dan telefon peribadi. ImarahOS satukan kerja itu dalam ruang institusi yang boleh diwariskan dengan jelas kepada pasukan seterusnya.
Kami mula dengan perkara yang paling mudah hilang jejaknya: wang masuk, keputusan AJK dan maklum balas kepada komuniti. Bukan sekadar laman cantik untuk dilihat penderma.
Pindahan bank kekal menunggu sehingga bendahari padankan dengan penyata. Bayaran FPX ikut status gateway. Jumlah awam menggunakan transaksi yang disahkan.
Lihat aliran kutipanPemilik, pentadbir, bendahari dan editor tidak perlu berkongsi satu login. Draf berita melalui semakan; aduan tidak terbuka kepada semua orang.
Cara akses dikawalAhli kariah boleh mengikuti kemas kini dan menghantar permohonan daripada laman institusi. AJK melihat perkara yang belum selesai dalam kotak kerja.
Lihat ruang komunitiPusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menggunakan ImarahOS untuk kempen pembangunan dengan sasaran RM3.5 juta. Penyumbang boleh memilih pindahan bank atau FPX, menyemak kemajuan dan membaca perkembangan projek.
Setiap rekod bank masih perlu disahkan oleh pasukan yang mengurus kutipan. Itu penting apabila angka dipaparkan kepada orang ramai.
Buka laman Pusat Islam PSAPemilik memilih pelan dahulu. Selepas bayaran disahkan, ruang draf dibuka dengan akaun institusi sendiri. Pasukan kami boleh membantu AJK menyiapkan kandungan dan menguji saluran bayaran.
Masukkan e-mel pemilik dan selesaikan bayaran langganan sistem.
Nama, logo, kempen, peranan AJK dan saluran bayaran diisi menggunakan akaun institusi.
Aliran sumbangan, status bayaran, resit dan paparan pada telefon dicuba dahulu.
E-mel kami nama institusi dan tiga perkara yang paling kerap buat kerja AJK tersangkut. Kami akan balas secara peribadi.