Urusan di masjid dan surau jarang bermula di hadapan komputer. Sumbangan masuk melalui bank, permohonan tiba dalam mesej, dan jawapan perlu dipersetujui beberapa orang AJK. ImarahOS menyusun rekod tersebut supaya kerja boleh disambung oleh orang seterusnya.
Kutipan dan rekod
Kempen dengan sasaran jelas
Halaman sumbangan institusi menampilkan tujuan, sasaran dan kemajuan yang dikira daripada kutipan disahkan.
Pindahan bank dan gateway
Institusi boleh menyambung akaun bank, ToyyibPay, Billplz atau CHIP sendiri selepas semakan. Kaedah yang tersedia bergantung pada akaun gateway institusi. Pindahan bank dipadankan dengan penyata sebelum disahkan.
Resit dan eksport
Pengesahan transaksi dihantar melalui e-mel apabila alamat diberikan. AJK boleh mengeksport rekod sumbangan untuk semakan lanjut.
Beberapa tabung serentak
Mengasingkan kutipan operasi, pembangunan, Ramadan dan program dalam akaun institusi yang sama.
Pentadbiran dan ketelusan
Kotak kerja AJK
Nombor pindahan belum semak, aduan terbuka dan draf berita dipaparkan pada halaman pertama selepas log masuk.
Peranan pasukan
Pemilik boleh menjemput AJK, menetapkan peranan pentadbir, kewangan atau editor, dan menyahaktifkan akses. Tindakan direkod untuk audit.
Semakan kandungan
Editor menyediakan draf; pemilik atau pentadbir menyemak sebelum berita diterbitkan.
Laporan kewangan penuh
Laporan per tabung, perbelanjaan, dokumen sokongan dan penyata terbitan untuk komuniti.
Hubungan dengan kariah
Akaun komuniti
Ahli masuk melalui e-mel untuk mengikuti kemas kini, menukar pilihan e-mel dan menghantar permohonan.
Aduan dan maklum balas
Permohonan peribadi diterima dalam ruang AJK dan boleh dijawab melalui status yang teratur.
Kemas kini projek
Berita yang diluluskan boleh dipaparkan pada laman institusi serta dihantar kepada penerima yang memilih e-mel.
Jadual dan pendaftaran program
AJK menerbitkan acara, mengurus kapasiti dan senarai menunggu. Tarikh program tahunan disemak sebelum diterbitkan semula.
Khidmat komuniti
Urus permohonan tahnik, tahlil, korban dan pertanyaan wakaf. Bayaran wakaf hanya melalui pihak berkuasa yang berkenaan.
Fasiliti dan tempahan
Ahli memohon ruang atau peralatan; AJK menyemak dan meluluskan slot tanpa pertindihan.
Identiti institusi
Laman dan PWA
Nama, logo dan alamat subdomain institusi digunakan pada pengalaman awam. PWA boleh dipasang pada peranti yang menyokongnya.
Domain sendiri
Institusi boleh menggunakan domain yang dimiliki sendiri selepas semakan DNS dan pengesahan.
Bahan perkongsian
AJK boleh menyediakan teks dan pautan kempen untuk dikongsi sendiri pada saluran sosial.
Penerbitan sosial berjadual
Merancang dan menjadualkan kandungan pada beberapa platform daripada satu kalendar.
Di mana wang sumbangan masuk?
Bayaran penderma masuk melalui saluran milik institusi: akaun bank institusi untuk pindahan terus atau akaun gateway yang institusi sambungkan. ImarahOS menyediakan laman, rekod dan alat semakan. Status “disahkan” hanya diberikan selepas pengesahan gateway atau semakan pindahan oleh AJK.
Untuk skop sebenar mengikut pelan, lihat harga dan fungsi setiap pelan. Kami semak konfigurasi sebelum laman kutipan dibuka kepada orang ramai.