Menu
FungsiCara bermulaHargaSoalan lazimHubungi kami
Soalan lazim

Jawapan sebelum anda buat keputusan.

Butiran yang biasanya ditanya oleh bendahari, setiausaha dan AJK semasa memilih sistem baharu.

Boleh daftar dan terus mula kutip dana?

Pilih dan bayar langganan dahulu. Selepas bayaran disahkan, pemilik boleh mendaftar institusi dan menyediakan ruang draf. Kutipan dibuka selepas maklumat institusi, akaun penerima dan saluran bayaran selesai disemak.

Adakah ImarahOS menerima wang sumbangan?

Penderma membayar melalui akaun bank atau gateway yang ditetapkan untuk institusi. ImarahOS menyimpan rekod transaksi dan statusnya; caj langganan platform adalah berasingan.

Jika penyumbang pindah terus ke bank, adakah jumlah terus berubah?

Tidak. Pindahan bank masuk sebagai tuntutan menunggu semakan. AJK menyemak penyata dan rujukan, kemudian mengesahkannya. Ini mengelakkan kiraan kempen berubah berdasarkan dakwaan yang belum disahkan.

Boleh guna ToyyibPay kami sendiri?

Ya, akaun ToyyibPay institusi boleh dikonfigurasi dan diuji dalam proses onboarding. Kunci rahsia tidak dipaparkan semula setelah disimpan.

Boleh guna Billplz kami sendiri?

Ya. Sambungkan akaun Billplz institusi dalam tetapan bayaran. Pasukan ImarahOS akan menyemak sambungan sebelum ia digunakan. Kaedah bayaran yang tersedia mengikut akaun institusi tersebut.

Boleh guna CHIP Collect kami sendiri?

Ya. Sambungkan akaun CHIP institusi dalam tetapan bayaran. Pasukan ImarahOS akan menyemak sambungan sebelum ia digunakan.

Boleh pakai domain sendiri?

Ya, pada pelan yang menyertakan domain sendiri. Institusi perlu mempunyai hak mengubah DNS; pasukan kami membantu pengesahan domain sebelum ia digunakan.

Adakah setiap ahli kariah perlu akaun?

Tidak. Orang awam boleh membaca laman dan menderma tanpa akaun. Akaun komuniti digunakan untuk mengikuti pilihan e-mel dan menghantar aduan atau permohonan peribadi.

Siapa boleh melihat aduan?

Pengadu dan pegawai institusi yang diberi kebenaran. Aduan tidak dipaparkan kepada orang ramai.

Ada aplikasi di App Store atau Play Store?

Laman institusi menyokong pemasangan PWA pada peranti yang serasi. Ia bukan aplikasi natif yang dimuat turun dari kedai aplikasi.

Apa jadi apabila kredit e-mel habis?

E-mel kemas kini komuniti memerlukan kredit. E-mel sistem seperti resit dan pautan akses dikira secara berasingan daripada kredit kempen. Pasukan kami boleh mengaktifkan kredit tambahan.

Boleh eksport rekod jika mahu berhenti?

AJK yang dibenarkan boleh memuat turun rekod sumbangan sebagai CSV. Untuk data lain, hubungi kami supaya eksport yang munasabah dan penutupan akses dapat diurus dengan selamat.

Adakah harga termasuk caj gateway dan domain?

Tidak. Caj penyedia bayaran dan kos domain yang dibeli sendiri ditanggung terus mengikut penyedia berkenaan. ImarahOS tidak mengambil peratus daripada sumbangan.

Boleh cuba sebelum langgan?

Lihat laman demo Pusat Islam PSA dan minta sesi tunjuk cara. Ruang institusi baharu dibuka selepas langganan disahkan.

Soalan lain?

Lihat juga proses onboarding, dasar bayaran dan sumbangan atau tulis terus kepada pasukan kami.

Buka ruang institusi anda

Daftar dengan e-mel pemilik. Jika perlu, pasukan kami boleh bantu menyiapkan ruang bersama AJK.

Lihat pelan